Mempunyai pengalaman dalam perakaunan syarikat dari syarikat AmInvestment Bank & MISC Berhad serta mempunyai pengalaman dalam Perancangan Kewangan. Berkelulusan Bachelor of Finance (Hons) Open University of Malaysia.
Amat berbaloi bagi SME dan syarikat yang baru beroperasi. Terutamanya yang mahu memohon pinjaman perniagaan. Anda tidak perlu mengambil staf perakaunan jika akaun anda dapat diselesaikan dgn betul dan murah.Kelebihannya, akaun anda boleh di audit untuk kegunaan pihak kerajaan seperti cukai dan pinjaman. Rekod akaun/transaksi syarikat anda juga dapat disusun dan disimpan dengan baik.
Penyata Kewangan yang disediakan termasuklah:
- BALANCE SHEET (Kunci Kira-kira)
- INCOME STATEMENT (Penyata Untung Rugi)
- GENERAL LEDGER (Lejar Am)
- GENERAL JOURNAL (Lejar Journal)
- BANK RECONCILIATION (Penyata Penyesuaian Bank)
- FIXED ASSETS SHEDULE (Penyata Harta dan Susutnilai)
Perkhidmatan perakaunan disediakan melalui konsep secara "Accounting On-line' iaitu menggunakan kaedah internet sebagai medium perantaraan. Penyata Kewangan akan disediakan secara berkomputer dan akan mengandungi maklumat-maklumat seperti yang dikhendaki oleh Akta mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Disamping itu pengguna akan memperolehi Penyata Kewangan mereka secara konsisten dan boleh dipercayai. Walau dimana mereka berada termasuklah sedang bercuti, mereka akan tetap tahu akan status kewangan mereka. Penyata Kewangan yang disediakan terdiri dari pelbagai bentuk seperti dalam bentuk percetakan (hardcopy) atau dalam bentuk 'softcopy' seperti Microsoft Excell, PDF Format dan lain-lain bentuk yang difikirkan sesuai.
KELEBIHAN
- Kos Yang Minima dan Termampu
- Mengurangkan Kos Pengurusan dan Pentadbiran
- Mempertingkatkan Kawalan dan Pengurusan Kewangan
- Penyata Kewangan Yang Berkualiti dan Boleh Dipercayai
- Memudahkan Pekara dan Urusan Berkaitan Dengan Audit dan Juga Cukai
- Penyata Kewangan Disediakan Mengikuti Polisi dan Amalan Perakaunan diguna Pakai Di M'sia.
- Membantu Pemilik Perniagaan atau Syarikat Dalam Merancang Cukai Pada Peringkat Awal(Individu atau Syarikat).
TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN ATAU SYARIKAT
- Membuat pembayaran setiap awal bulan.
- Menghantar salinan lengkap senarai dokumen seperti Senarai Wang Masuk dan Senarai Wang Keluar yang dikhendaki melalui e-mail atau cara yg difikirkan sesuai. (Hanya senarai lengkap sahaja).
- Menghantar salinan Penyata Bank (jika ada) setiap bulan.
- Menghantar maklumat-maklumat yang berkaitan dengan urusan perakaunan.
TANGGUNGJAWAB KAMI
- Menyediakan Penyata Kewangan setiap bulan sehingga tamat tempoh perjanjian.
- Menghantar Penyata Kewangan secara e-mail atau cara yang difikirkan sesuai setiap bulan.
- Menyediakan simpan kira-kira(bookeeping)
- Menyimpan segala maklumat sebagai RAHSIA dan SULIT
KOS PERMULAAN & DEPOSIT
Sekiranya dipersetujui, maka Syarikat atau Perniagaan perlulah membuat pembayaran :
- RM180. Kos permulaan (Set-up Cost) yang terdiri dari kos membentuk dan memasukkan rekod dan data dan juga pembentukkan sistem perakaunan berkomputer, mengumpul data-data permulaan perniagaan, kos memasukkan baki awal (Opening Balance) dan sebagainya. Kos ini hanyalah sekali sahaja dikenakan. (One -time Cost)
- RM200 Merupakan Deposit yang wajib iaitu 1 bulan caj perkhidmatan. Ini memudahkan kedua-dua pihak dalam menjalankan urusan bersama.(Deposit yang dikenakan bergantung pada yuran bulanan yang ditetapkan mengikut jumlah transaksi).
JAMINAN KAMI
1. Anda atau Perniagaan anda akan memperolehi Penyata Kewangan yang lengkap dan juga mematuhi amalan dan polisi perakaunan digunapakai di M'sia. Segala maklumat adalah RAHSIA dan DIPELIHARA.
Nota :
a. Perjanjian bersama perlu dilakukan sebelum perkhidmatan ini dimulakan.
b. Caj yang dikenakan adalah berdasarkan skop dan transaksi urusniaga perakaunan dan juga kadar ukuran yang telah ditetapkan bersama seperti yang tertera di dalam perjanjian.
Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda mahu pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam masa kurang dari 48 jam. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Jadikan kenalan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia seorang lelaki yang jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394-3740
ReplyDelete